Friday, August 20, 2010

MERCY

MERCY - the acronym for Musical Evangelists for Roman Catholic Youth. It's a religious youth group established by the youth of St. Philip Tamparuli, Sabah, Malaysia

More details below. Taken from the proposal for the establishment of this group.


KERTAS CADANGAN PENUBUHAN MERCY, TAMPARULI

Pengenalan
MERCY adalah akronim untuk Musical Evangelist for Roman Catholic Youth adalah satu perkumpulan baru yang ditubuhkan untuk menjadi satu platform bagi belia katolik di St. Phillip Tamparuli, khususnya dan Zon Tamparuli, amnya.
Pergerakan ini telah ditubuhkan secara tidak rasmi pada Ogos 2008 dengan nama KMDK ( Kelab Muzik dan Koir ). Dari penubuhan itu sehingga kini, pergerakan ini masih belum didaftarkan secara rasmi dan diutus oleh pihak Paroki. Maka dengan itu, kertas cadangan ini dibuat untuk melengkapkan semua proses tersebut.

MERCY (Musical Evangelist for Roman Catholic Youth)
Sasaran fasa pertama MERCY adalah untuk menjangkau belia yang ada di sekitar St. Phillip Tamparuli dan sasaran fasa kedua adalah untuk menjangkau belia di oustasi-outsasi yang ada dalam Zon Tamparuli

Misi
Memberi impak positif melalui muzik bagi membentuk belia yang mencintai Yesus.

Visi
1)      Meletakkan pelayanan belia sebagai prioriti utama untuk menjangkau lebih jauh kepada masyarakat sekitar
2)      Mewujudkan suasana yang dinamik dan komunikasi berkesan bagi mengeratkan hubungan sesama belia
3)      Memperkenalkan peluang-peluang evangelisasi kepada belia
4)      Menjangkau dengan lebih jauh melalui strategi dan perancangan yang berkesan
5)      Memberi ilmu, bantuan dan panduan yang praktikal kepada belia untuk pelayanan kepada Tuhan

Logo
Dalam proses rekaan

Ahli Jawatan Pelaksana

AJP ini adalah bersifat adhoc lagi kerana mesyuarat pertama yang pernah diadakan belum lagi melantik AJP secara rasmi

Pengerusi                                                           : Stefano Alvin Marcus
Naib Pengerusi                                                 : Joan Moo
Setiausaha                                                          : Clesta Edna Jaigi
Bendahari                                                           : Eva Bertehenna
Biro Peralatan/Teknikal                                : Melvin Chriss
                                                                                 : Odelia Kamal
Biro Fellowship                                                 : Rudolph Jaffarat
                                                                                : Devierrie Eddie
Biro Komunikasi/ Publisiti                           : Christie Jaigi
                                                                                : Jessica Yoyoe

No comments:

Post a Comment